Tuesday, 23 July 2013

BERBUKA PUASA


Adik-adik...
setelah kita berpuasa di siang hari kini tibalah masanya untuk kita berbuka puasa dengan juadah dan makanan yang disediakan.

Sebelum itu kita kena baca doa berbuka puasa dulu.

BERBUKA PUASA

Mari kita belajar doa berbuka puasa.

doa untuk berbuka puasa dibulan Ramadhan

JOM BACA BERSAMA



Setelah kita mengetahui 'DOA BERBUKA PUASA'

jom kita belajar pula tentang adab-adab dan akhlak berbuka puasa. Mudah-mudahan kita dapat beramal dan diberkati amalan kita.
INSYAALLAH...

Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis ialah:


  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. 
 



  1. Berbuka puasa dengan tamar atau air.  




  1. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
 


  1. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
 
 Pesanan : Jangan berlebih-lebihan ketika berbuka puasa 




  1. Berdoa ketika berbuka.

 Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:



“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa.
Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

 

2 comments:

  1. Nikmat Ramadhan

    Ramadhan buat diri kita sihat kerana organ pemperosesan makanan dalam badan kita boleh berehat dari bekerja selama 11 bulan.

    ReplyDelete
  2. Ramadhan membuatkan kita insaf tentang kesusahan orang lain yang tidak dapat makan dan minum.
    Jadi kita akan dapat merasa sama bagaimana kalau kita hidup susah tanpa makanan.
    Ramadhan membuatkan kita muhasabah diri bagaimana merasai kesusahan orang lain yang lebih susah dari kita.

    ReplyDelete