Monday, 22 July 2013

NIKMAT PUASA


Hai adik-adik...

Alhamdulillah, pelajaran tentang bulan RAMADHAN dah selesai nampaknya.
Sebelum kita menamatkan pelajaran, mari kita menilai kembali dan berfikir sejenak kebaikan dan kelebihan bulan RAMADHAN.


1. Bulan ini dapat menginsafi kita untuk merasai kesusahan orang lain yang hidup susah.




2. Bulan Ramadhan juga mendidik kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari segi akhlak dan peribadi.


3. Selain itu kita juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga.



4. Ramadhan juga mendidik iman dan kerohanian untuk mendekati diri dengan pencipta kita 'Allah'.


5. Yang terakhir sekali, adik-adik mesti seronok sebab orang yang puasa akan merasa nikmat keseronokan bila nak sambut raya.


Jadi, inilah kenikmatan bulan RAMADHAN.
Semoga adik-adik dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik setelah mengetahui hal-hal berkaitan bulan RAMADHAN.


Jom kita dengar lagu raya...

JUMPA LAGI....

1 comment:

  1. Eh Dah Nak raya

    Hari Raya adalah hari kemenangan dan kenikmatan kepada semua orang yang berpuasa terutamanya kerana kita berjaya menjalankan ibadah puasa hingga keakhirnya.

    ReplyDelete