Thursday 1 August 2013

APA ITU PUASA RAMADHAN?


Assalamualaikum..

Hai adik-adik !!

 Hari ini kita akan belajar tentang

'PUASA DI BULAN RAMADHAN'






Bulan Ramadhan sebagaimana yang diketahui adalah bulan ke-9 dalam kelendar Islam. Selama 1 bulan ini, seluruh umat Islam di dunia diwajibkan berpuasa bagi memenuhi tuntutan rukun Islam ke-3.



Ramadhan adalah bulan yang berkat, seluruh umat Islam menahan diri dari makanan, minuman dan nafsu.

Bulan ini adalah waktu untuk menginsafi diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setiap umat Islam perlu menahan perkara-perkara yang boleh membuat dosa serta mengurangkan pahala.


 Mudah-mudahan kita dapat sama-sama berazam untuk mengubah diri kita ke arah jalan yang diredhai Allah SWt.






Tuesday 30 July 2013

TENGOK ANAK BULAN


Antara perkara-perkara yang perlu kita tahu untuk melalui bulan Ramadhan ini ialah :



Pertama : TENGOK ANAK BULAN

 



 Bila hampir tiba bulan Ramadhan, Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di beberapa lokasi di dalam Malaysia berdasarkan rukyah dan hisab. Lepas itu barulah tarikh mula berpuasa akan diisytiharkan di televisyen oleh  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.



Proses lihat anak bulan







 

    

Monday 29 July 2013

MARI BELAJAR NIAT PUASA


Bila puasa telah diisytiharkan, kita pun dah boleh berpuasa. Sebelum itu kita perlu niat puasa dahulu.


NIAT PUASA 


Kenapa kita perlu NIAT?

 Sebab setiap sesuatu ibadah yang kita buat kita perlu dahulukan dengan niat. Ini juga adalah antara syarat-syarat ibadah dalam Islam. 

Insyaallah berkat ibadah kita tu nanti.



JOM BELAJAR NIAT PUASA



     






Mari kita dengar upin dan ipin baca niat puasa

    

 


Saturday 27 July 2013

BERKATNYA BERSAHUR...


Perkara ketiga yang kita perlu buat ialah bersahur.
Kita perlu bersahur antara jam 4pagi hingga waktu imsak iaitu 10minit sebelum azan Subuh. Sahur juga sunat dilewatkan.


BERSAHUR 

Walaupun Sahur tidak diwajibkan, ianya adalah SUNNAH!
Ini bermakna bersahur adalah amat digalakkan.

Antara sebabnya ialah :-




1. Ianya menjadi perbezaan antara orang-orang 

Islam dan Yahudi.
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
(Riwayat Muslim).




2. Allah meletakkan keberkatan dalam bersahur.

"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




 

3. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa.







Sekarang dah tahukan betapa ruginya kita jika tak 

bersahur? 



“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).



Atau sekadar bersahur dengan tamar!!

Dan ianya sangat digalakkan. 

"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).








Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar.


Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan. 

Jadi adik-adik jangan lupa bersahur yer...









Thursday 25 July 2013

JOM PUASA...



Jom kita tunaikan PUASA.


Puasa ialah menahan  diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.


 


Bila nak berpuasa kita mesti memahami perkara-perkara asas dalam amalan berpuasa. Ayuh, kita memahami perkara asas ini. Apabila sudah memahaminya barulah kita boleh amalkan.




Mari kita belajar beberapa perkara-perkara asas tentang puasa.





1. Perkara-perkara yang membatalkan puasa:


a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
c)      muntah dengan sengaja
d) memasukkan sesuatu ke dlm rongga dengan sengaja
e)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib 


 Perkara   Perkara Yang Membatalkan Puasa 





2. Perkara-perkara sunat dilakukan semasa berpuasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      melewatkan sahur waktu imsak
c)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
d)      membanyakkan sedekah
e)        solat terawih

  
 


3. Perkara-perkara makruh yang dilakukan semasa berpuasa:
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari

he Perkara   Perkara Yang Membatalkan Puasa


Setelah adik-adik tahu perkara-perkara asas ini, Insyaallah pasti dapat laksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Tuesday 23 July 2013

BERBUKA PUASA


Adik-adik...
setelah kita berpuasa di siang hari kini tibalah masanya untuk kita berbuka puasa dengan juadah dan makanan yang disediakan.

Sebelum itu kita kena baca doa berbuka puasa dulu.

BERBUKA PUASA

Mari kita belajar doa berbuka puasa.

doa untuk berbuka puasa dibulan Ramadhan

JOM BACA BERSAMA



Setelah kita mengetahui 'DOA BERBUKA PUASA'

jom kita belajar pula tentang adab-adab dan akhlak berbuka puasa. Mudah-mudahan kita dapat beramal dan diberkati amalan kita.
INSYAALLAH...

Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis ialah:


  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. 
 



  1. Berbuka puasa dengan tamar atau air.  




  1. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
 


  1. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
 
 Pesanan : Jangan berlebih-lebihan ketika berbuka puasa 




  1. Berdoa ketika berbuka.

 Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:



“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa.
Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

 

Monday 22 July 2013

NIKMAT PUASA


Hai adik-adik...

Alhamdulillah, pelajaran tentang bulan RAMADHAN dah selesai nampaknya.
Sebelum kita menamatkan pelajaran, mari kita menilai kembali dan berfikir sejenak kebaikan dan kelebihan bulan RAMADHAN.


1. Bulan ini dapat menginsafi kita untuk merasai kesusahan orang lain yang hidup susah.




2. Bulan Ramadhan juga mendidik kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari segi akhlak dan peribadi.


3. Selain itu kita juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga.



4. Ramadhan juga mendidik iman dan kerohanian untuk mendekati diri dengan pencipta kita 'Allah'.


5. Yang terakhir sekali, adik-adik mesti seronok sebab orang yang puasa akan merasa nikmat keseronokan bila nak sambut raya.


Jadi, inilah kenikmatan bulan RAMADHAN.
Semoga adik-adik dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik setelah mengetahui hal-hal berkaitan bulan RAMADHAN.


Jom kita dengar lagu raya...

JUMPA LAGI....